Monday 17 November 2014

Falsafah Ukiran Kayu Halus

Seorang pandai kayu tidak hanya pandai untuk mengukir tetapi mereka juga berpegang kepada falsafah semasa mengukir atau proses membuat ukiran. Falsafah ini dijadikan sebagai satu garis panduan atau "guide line" kepada pengukir untuk menghasilkan corak ukiran.

Tumbuh Berpunca

Semua yang dilahirkan itu adalah dari "Zat Allah" dan tidak dapat digambarkan oleh akal manusia. Seperti pandangan Abdullah Mohammed (Nakula,1978) dalam buku Falsafah dan Pemikiran Orang-orang Melayu, beliau menyatakan bahawa asas kebudayaan orang-orang Melayu adalah "Zat Allah". Daripada "Zat Allah" ini maka wujudlah segala bentuk makhluk dimuka bumi ini termasuklah manusia. "Konsep keTuhanan dan keAlaman" menjadi asas kepada zat Allah.

Konsep ini telah diamalkan oleh orang Melayu dalam semua aspek termasuk kesenian. Maka zat Allah ini dipamerkan sebagai "Benih" alam yang mempunyai hayat, ilmu iradat dan kudrat. Biji benih menjadi lambang kewujudan manusia yang kemudiannya berkembang membentuk satu kehidupan berkeluarga iaitu daun pengasuh sengaja digambarkan sebagai "Siba Dayang" menghasilkan kehidupan baru sebagai putik dan bunga yang meneruskan kehidupannya.

Punca Penuh Rahsia

Perkataan "Rahsia" dalam Bahasa Arab disebut sebagai "Sir" yang membawa maksud "Zat Allah". Daripada rahsia itu maka muncullah benih atau yang mewujudkan "Alam" yang indah. Para pengukir melihat rahsia alam pada hakikat sebenarnya sebagai melihat keindahan Allah.

Daripada itu orang Melayu akan dapat mengenal asal usul dirinya dan juga dapat mengukur sejauh manakan kemampuan dirinya. Akhirnya wujudlah masyarakat yang bersifat mulia dan beretika.

Tajam Tidak Menujah Lawan

"Zat Allah"  mempunyai kelompok sifat iaitu sifat keindahan sebagai "Jamal" dan sifat kehebatan "Jalal". Alam mewarisi kedua-dua sifat tersebut iaitu sifat indah dan sifat kehebatan. Orang Melayu terkenal dengan sifat pengasih, tenang, kelembutan dan amat mencintai kedamaian.

Konsep ini milik bersama dan tidak suka mengambil kesempatan terhadap kelemahan orang lain adalah sikap turun-temurun orang Melayu.

10 comments:

  1. bukan ada 4 ke falsafah ukiran ?? "lilit tidak memaut kawan " ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tertinggal satu.. Terima Kasih kerana mengingatkan :)

      Delete
  2. boleh bagi penjelasan tak tentang lilit tidak memaut kawan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ukiran Melilit tidak memaut kawan,
      tetapi melingkar penuh mesra...

      Delete
  3. Seni ukir melayu mempunyai pelbagai maksud dan maknanya,
    Hanya yg memahami kehalusan dan ketelitian pengukir itu

    Menghayati keindahan kesenian ukiran
    Pertukangan tangan seni ukir
    tradisi masyarakat melayu dahulu,

    tumbuh berpunca ukir yg berseni
    Mengukir punca penuh rahsia jiwa
    Memahat ukiran tajam tidak menujah lawan tidak membahayakan tuan,
    Ukiran Melilit tidak memaut kawan
    tetapi melingkar penuh mesra kesenian

    Nik Rashidin tokoh Adiguru tanah air

    ReplyDelete
  4. Di Mana lokasi ukiran kayu di tumpat?

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete